Menerusi entri terbaharu Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pukul 4.15 petang.

Pada pertemuan itu, Mohamed Khaled bersama-sama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani mempersembahkan watikah pembubaran DUN kepada baginda.

Watikah pembubaran DUN Johor itu akan berkuat kuasa esok. - UTUSAN ONLINE