Serangan peri­badi, fitnah, provokasi dan pergeseran antara penyokong merupakan senario yang selalu menghangatkan suasana.

Namun, PRK Par­limen Port Dick­son yang bakal mencapai kemuncaknya Sabtu ini memperlihatkan situasi berbeza.

Semua calon ter­masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pa­katan Harapan (PH) mengamalkan pendekatan berkempen secara bersih dan harmoni.

Malah, amat jarang beliau dan calon Bebas, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bertembung di lokasi yang sama ketika berkempen.

Calon-calon yang lain termasuk calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Na­zari Mokhtar lebih me­numpukan kepada program turun padang yang bertujuan memperkenalkan diri mereka kepada pengundi.

Mereka turut memberi penjelasan tentang manifesto yang bakal dilaksanakan sekiranya diberi mandat untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Port Dickson.

Sekiranya tempoh kempen yang berakhir tengah malam Jumaat ini tidak dicemari dengan sebarang insiden, PRK Parlimen Port Dickson boleh dijadikan contoh terbaik untuk pilihan raya berikutnya.