Mustapa yang kini 'berhijrah' ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengucapkan terima kasih kepada Speaker, Datuk Abdullah Yaakub kerana meluluskan cutinya walaupun
akhirnya hadir pada hari ketiga sidang DUN hari ini.

"Saya juga meminta maaf kepada Menteri Besar kerana tidak mengkuti ucapan pembentangan belanjawan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli dewan yang memberi teguran dan nasihat berikutan penghijrahan saya," katanya dalam persidangan DUN di sini hari ini.

Ahmad kemudiannya mengucapkan selamat berhijrah dan ucapan selamat berjaya kepada Mustapa sebelum diikuti sorakan ahli dewan. - UTUSAN ONLINE