Malah, katanya, tidak ada mesyuarat yang memutuskan demikian seperti yang didakwa ketua cabang berkenaan, R. Tanggam.

"Hanya ada satu mesyuarat dulu yang mencadangkan lima nama yang boleh diketengahkan sebagai calon.

"Selain Tanggam dan isterinya, K. Bathmavathi, nama-nama lain ialah saya sendiri, Datuk Hanif Hasan dan Saparin Musa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan kenyataan Tanggam kepada Utusan Malaysia hari ini bahawa PKR Cabang Rembau telah membuat keputusan untuk menamakan hanya dua individu sebagai calon yang akan bertanding dalam PRK bagi kerusi DUN Rantau.

Tanggam berkata, nama berkenaan ialah beliau sendiri dan Ketua Wanita cabang berkenaan, Bathmavathi.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat cabang itu baru-baru ini.

Isnin lalu, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan kemenangan Mohamad untuk kerusi DUN Rantau pada PRU-14 lalu sekali gus PRK perlu diadakan.

Streram memberitahu, keputusan muktamad mengenai calon tersebut akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti dan semua pihak perlu akur dengan kehendak parti. - UTUSAN ONLINE