Menurutnya, dakwaan yang ditularkan dalam media sosial sejak semalam itu berniat jahat untuk memburuk-burukkan reputasinya dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Saya percaya fitnah ini disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang PRK pada 13 April ini,” katanya di sini hari ini.

Streram berkata, wakilnya telah membuat laporan di Balai Polis Rantau berhubung maklumat palsu itu pada pukul 12.01 tengah hari tadi.

Mesej infografik yang tular dalam media sosial mendakwa Streram akan membawa selebriti wanita dari India itu ke Rantau bagi meraih undi terutama dalam kalangan remaja berketurunan India.

Namitha, 38, merupakan pelakon filem India pernah menjadi peserta pertandingan Miss India pada tahun 2001. - UTUSAN ONLINE