Sehubungan dengan itu, Manifesto BN Kedah yang dilancarkan sebentar tadi antaranya memfokus kepada anak muda melalui pelbagai insentif yang pasti menggembirakan golongan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika berucap melancarkan manifesto tersebut berkata, insentif tersebut antaranya melibatkan pembinaan sebuah stadium bola sepak baharu bernilai lebih RM200 juta di bandar raya ini.

“Kerajaan BN juga akan meneruskan Sukan Darul Aman (Sukda) setiap tahun bagi mengcungkil bakat baharu selain mewujudkan mini kompleks sukan setiap daerah.

“Peluang latihan, intern dan kerjaya di syarikat berkaitan kerajaan, dan syarikat bertaraf antarabangsa serta dana modal, latihan bagi usahawan muda akan diperluaskan,” katanya.

Tambah beliau, selain itu, bagi mengalakkan golongan tersebut melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebanyak 40 peratus kuota ruang niaga di semua premis milik majlis daerah akan disediakan kepada mereka.

“Kita akan meluaskan pengambilan pelajar dan pelatih untuk ADAB, dan beberapa tambahan sukan terpilih seperti sepak takraw, squash dan badminton. - UTUSAN ONLINE