Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, gesaan itu kerana sejak kes tersebut disiasat punca masalah runtuhan itu tidak pernah diumumkan sehingga hari ini termasuk tiada pendakwaan utama. 

“Oleh itu hari ini saya datang ke SPRM bagi membuat laporan untuk meminta SPRM membuka semula kes runtuhan bumbung stadium berkenaan. 

“Kita bimbang jika tiada tindakan, dibimbangi kes seumpama ini akan berulang lagi dengan akibat yang lebih dasyat,” katanya pada pemberita di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin turut membuat dua lagi laporan kepada SPRM untuk meminta suruhanjaya itu menyiasat dua lagi projek mega di Terengganu yang didakwa sebagai bermasalah iaitu Taman Ilmu di Tembila, Besut dan projek Kompleks Bebas Cukai Kenyir. 

Menurutnya, ketiga-tiga projek mega yang dilaksanakan kira-kira 10 tahun lalu itu telah melibatkan kos perbelanjaan hampir RM1 bilion namun sehingga hari ini ia belum dapat digunakan oleh rakyat di Terengganu.-UTUSAN ONLINE.