Pengerusinya,  Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, walau bagaimanapun pihaknya sentiasa bersedia menjalankan mana-mana pilihan raya meskipun dalam tempoh terdekat.

"SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya bermakna sepanjang masa telah membuat segala persiapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh; Pengarah SPR negeri, Datuk Takun Sunggah dan Pegawai Daerah merangkap Pengurus PRK DUN Tanjong Datu yang lalu, Hamsein Atar.