Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

“Di bawah Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka dipastikan dalam tempoh dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi, melainkan jika Yang Dipertua Dewan Rakyat memberitahu SPR secara bertulis akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 12 Februari lalu, Allahyarham Abdul Manan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik tidurnya di Kuala Lumpur dipercayai akibat serangan jantung. - UTUSAN ONLINE