Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap pemuda adalah saling bergantungan antara satu sama lain dan diingatkan agar tidal sesekali membiarkan rakan mereka ditinggalkan berseorangan.

"Kalau hendak berani mati kena ada solidariti, jangan sesekali tarik brek tangan. Saya setuju dengan ayat anda tidak akan berjalan berseorangan.

"Ini kerana kita kena ingat bahawa semua Pemuda UMNO adalah united atau bersatu," katanya dalam ucapan penggulungan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, dalam manifesto pilihan raya perlu diberikan tawaran baharu untuk anak muda Melayu yang tinggal di kampung dan mereka yang gagal menyambung penganjian ke peringkat lebih tinggi.

"Kita angkat isu ini sebagai suara Pemuda UMNO bahawa anak muda di kampung yang rata-ratanya Melayu tidak ketinggalan. Mereka hanya bergantung kepada perusahaan kecil dan sederhana.

"Kita mahu dilihat sebagai mengangkat mereka sebagai penyokong kuat," katanya. - UTUSAN ONLINE