Menurut Ahmad Zahid, ahli-ahli yang menganuti agama lain juga diminta melakukan perkara yang sama mengikut kepercayaan masing-masing.

"Barisan Nasional (BN) Selangor sebelum ini pernah kalah dua kali dalam pilihan raya terdahulu kerana fitnah daripada parti pembangkang namun, saya percaya kali ini perkara sama tidak akan berulang kerana kita berwaspada lebih awal.

"Sekarang yang berlaku ialah tsunami fitnah dan bukannya tsunami Melayu seperti yang mereka canang. Fitnah sekarang berleluasa sebab itu kita kena bersedia," katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat Sepang di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga mengingatkan agar calon BN yang menang dalam PRU-14 nanti agar tidak lupa diri dan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing. - ONLINE ONLINE