Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi PRK tersebut berpandangan sedemikian setelah melihat sokongan daripaa majoriti orang Melayu, kaum Cina dan India serta Orang Asli.

Malah, kata beliau, dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bagan Pinang yang PH tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini dimenangi dengan majoriti bergaya.

“Keputusan ini saya kira luar daripada jangkaan sebab majoriti diperoleh cukup meyakinkan.

“Dan paling berkesan popular mungkin mencecah 70 peratus berbeza dengan undi popular pilihan raya umum sekitar 48 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK Parlimen Port Dickson, di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE