Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sokongan itu adalah berlandaskan persefahaman yang dicapai antara parti komponen dalam Pakatan Harapan.

"Ramai orang keliru, kenapa Anwar nak buat persefahaman dengan Dr. Mahathir. Bagi saya, tidak mudah, ia adalah satu keputusan yang cukup sukar dan menyakitkan sekiranya anda tahu apa yang saya lalui.

"Kita bersetuju kerana agenda, bukan kerana sekarang Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dan selepas itu saya jadi Perdana Menteri, itu bagi saya hanya sampingan. Yang penting siapa menjadi Perdana Menteri, mereka mesti patuh dan memenuhi janji kepada rakyat dan agenda reformasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pentas Town Hall Anak Muda di Grand Paragon Hotel Johor Bahru di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir dan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, R.Yuneswaran. - UTUSAN ONLINE