Pesanan itu disampaikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dalam satu pertemuan bersama semua penyandang kerusi Parlimen daripada parti komponen BN di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya hari ini.


Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyertai pertemuan itu berkata, Najib juga mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen BN yang dipilih semula menjadi calon agar melipatgandakan usaha terutama sepanjang tempoh berkempen pada PRU-14.


“Apabila terpililih sebagai wakil rakyat kelak, mereka perlu menambah daya usaha untuk membantu rakyat kerana keutamaan adalah rakyat.


“Bagi mereka yang tidak terpilih, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan mengharapkan mereka terus dapat memberi sokongan dan bantuan kepada calon-calon baharu di kawasan yang mereka pernah wakili,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.


Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. - UTUSAN ONLINE