SITI ZAHARAH
SITI ZAHARAH

Dr. Siti Zaharah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, menerusi entri laman sosial Facebook miliknya turut memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan borang pencalonannya di Ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur semalam.

“Saya bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, Zuraidah Musib telah menghantar borang ia­itu saya menawarkan diri untuk jawatan Ketua Wanita manakala Zuraidah bagi jawatan Exco Wa­nita.

“Dalam masa sama saya dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan di bahagian. Hasrat kami adalah untuk terus tampil membina semula UMNO dengan track record serta pengalaman yang dimiliki,”katanya.

Sementara itu, kepimpinan UMNO Bahagian Paya Besar memberi sepenuh sokongan kepada Dr. Siti Zaharah serta seorang lagi pemimpin bahagian itu, Mohd. Shahar Abdullah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang dimiliki Dr. Siti Zaharah dan Mohd. Shahar pastinya mampu memberi sumbangan besar kepada parti jika diberi mandat serta kepercayaan.