Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sikap DAP bantah usaha mantapkan Islam terserlah

KUALA LUMPUR 18 Mac – Pendirian DAP yang menentang usaha memantapkan hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini akhir­nya terserlah berikutan tindakan pemimpin-pemimpin parti itu semakin lantang mengkritik hak umat Islam untuk memperkasakan mahkamah syariah.

IRMOHIZAM IBRAHIM

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, pendirian DAP itu tidak ketara kerana kepemimpinan parti berkenaan mahu menjaga hati Pas yang ketika itu masih menjadi sekutunya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, tindak-tanduk DAP itu terbukti hipokrit semata-mata memandangkan parti berkenaan kini membuat pusingan U menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Malangnya hari ini, mereka dilihat lebih agresif pula untuk menentang usul persendirian itu.

“Lebih mengecewakan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga cuba mengeksploitasi isu RUU 355 dengan menakut-nakutkan orang bukan Islam serta mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Se­langor menambah, bantahan DAP itu agak menghairankan kerana pindaan yang dicadangkan menerusi RUU 355 tidak mempunyai kaitan langsung dengan orang bukan Islam.

“Tindakan Kit Siang yang dilihat seperti tidak menghormati perasaan umat Islam di negara ini memperlihatkan sikap DAP yang sebenarnya. Bayangkan apa akan terjadi kepada keharmonian dan kestabilan negara kalau mereka berkuasa,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain