Tan Chee Teong
Tan Chee Teong

Itu kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki yang sudah bersiap sedia untuk berdebat, malam ini.

Perdebatan anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina itu dijadualkan disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook.

Beliau yang melahirkan rasa kecewa menyifatkan debat itu perlu bagi membolehkan pengundi di Balakong mendapat penjelasan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak.

Siew Ki juga mempersoalkan alasan Chee Teong bahawa terpaksa membatalkan perdebatan kerana tiada masa.

“Tak akan dalam tiga minggu ini tiada masa langsung? Kalau sekarang pun tidak mahu berdebat, bagaimana beliau mahu berdebat dalam DUN nanti?” soalnya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK Balakong dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE