Antara tarikh 6 Jun hingga 25 Jun, terdapat 221,019 orang menyertai parti itu.

Dalam tempoh itu, PKR Se­langor mendapat bilangan anggota baharu terbesar iaitu 62,837 orang, mewakili kenaikan 35.33 peratus. Ini diikuti PKR Sabah, yang merekrut 39,319 ahli baharu atau peningkatan sebanyak 40.74 peratus.

Sehingga kini, di Selangor, sebanyak 240,671 didaftarkan manakala di Sabah, 135,829 ahli baharu yang layak me­ngundi didaftarkan.

Di Julau, Sarawak, ahli PKR bertambah daripada 603 orang pada 26 Jun kepada 13,000 orang ahli keesokan harinya.

Faktor yang membuatkan peningkatan ahli secara mendadak parti itu masih tidak dapat diketahui.

Ada yang mengatakan fak­tor itu disebabkan oleh kedudukan Presiden PKR yang menang tanpa bertan­ding, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dinamakan sebagai Perdana Menteri kelapan telah mempengaruhi situasi itu.

Ada juga yang melihat kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu sebagai faktor utama orang ramai berlumba-lumba menjadi ahli parti itu.

Persoalannya, adakah si­tua­si tersebut akan mempe­ngaruhi pola pengundian pemilihan parti itu atau coraknya masih sama seperti dahulu?

Jawapannya akan kita ketahui apabila keputusan penuh pemilihan PKR diumumkan pada pertengahan November nanti.