Perkara itu diumumkan Shahrizat menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook beliau, hari ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata, sebagai ahli Wanita UMNO Bahagian Kepong, beliau akan terus bersama membantu sayap itu pada waktu dan keadaan yang memerlukan keupayaannya.

"Saya telah mengumumkan dalam ucapan perasmian saya bahawa saya tidak menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Sri Helang dalam pemilihan kali ini.

"Saya juga telah maklumkan kepada semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kepong, saya tidak akan menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dalam pemilihan Wanita UMNO Bahagian pada kali ini," katanya. - UTUSAN ONLINE