Shahril Sufian menang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Shahril Sufian Hamdan 

Keputusan itu diumumkan menerusi laman Twitter Pemilihan UMNO 2018.

“Secara rasminya Shahril Sufian adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu buat penggal 2018-2021.

“Tahniah diucapkan kepada saudara Shahril Sufian atas kemenangan beliau dan selamat menjalankan tugas sebagai Naib Ketua Pemuda,” jelas parti itu di laman Twitter. - UTUSAN ONLINE.