Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri tiba bersama isterinya, Datin Seri Shamsiah Md. Yassin untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Shahidan akan melawan Prof. Datuk Dr. Abd Rahman Daud daripada PKR dan Hashin Jasin daripada Pas.

Ismail Kassim iaitu adik Shahidan yang merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang pu-la akan melawan Maton Din daripada PKR dan Dr. Abu Bakar daripada Pas. - UTUSAN ONLINE