“Kita sudah kawan lama, bukannya ada pertelingkahan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kita masih kawan.

“Saya akan meneruskan perjuangan demi rakyat dan parti. Itulah pendirian saya, maka tidak perlu lagi dipersoalkan,” katanya selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2015 hari ini.

Ditanya berhubung spekulasi beliau akan dipecat daripada parti, Mohd. Shafie berkata, parti perlu memberikan penjelasan kerana semua ahli mempunyai hak.

“Kami ahli parti, mereka kena beri sebab. Biarkanlah mereka bercakap, saya berjiwa besar,” katanya.