Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Kangar, Muhammad Nabil Kamal Baharin
Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Kangar, Muhammad Nabil Kamal Baharin

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang semasa Allahyarham yang menetap di Kampung Guar Gajah, Arau, sedang dalam perjalanan dengan menunggang motosikal seorang diri ke pusat bandar di sini.

Menurut Ketua PPBM Kangar, Khizanif Khizan, Allahyarham hendak ke pejabat parti itu untuk satu urusan kerja sebelum motosikalnya dikatakan dilanggar oleh sebuah kenderaan lain dari arah belakang.

Katanya, Allahyarham yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia kira-kira setahun merupakan pekerja yang baik.

“Kami kehilangan seorang rakan. Allahyarham baru sahaja menghubungi saya untuk berjumpa di pejabat PPBM kira-kira setengah jam sebelum itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE