Sesi pengenalan itu dihadiri dua calon bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO iaitu bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah.

Dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO yang hadir Bastien Onn dari UMNO Bahagian Segamat dan Mohd. Fariz Abd Hadi (Shah Alam).

Selain itu, sesi tersebut turut dihadiri 18 calon Exco Pemuda UMNO terdiri daripada enam calon dari Johor iaitu Akmal Saufi Mohamed Khaled Bahagian Johor Bahru, Sheikh Ahmad Nafiq (Pulai), Azmir Zainal Abidin (Mersing), Hanizan Hassan (Iskandar Puteri), Fairuz Edzuan Jamaludin (Ledang), Mohd. Helmy Abd. Latif (Muar).

Turut hadir, Syamsul Hidayat Mohd. Shariff (Bagan Serai), Mohamad Amin Othman (Tanjung Malim), Muhamad Nur Aizat Noor Azam (Merbok), Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri (Alor Setar), Shahrul Nasrun Kamarudin (Ampang), Wan Muhammad Azri Wan Deris (Wangsa Maju), Zaidel Baharuddin (Gombak), Ahmad Norazril Abd Aziz (Alor Gajah), Mohamad Fadly Mohd. Zain (Tasek Gelugor), Asyraf Adlan (Shah Alam), Mohamed Azmadi Mohamed Samsuddin (Damansara) dan Mohd. Shahriza Amir Shariffuddin (Sungai Buloh).

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, sesi tersebut dibuat bagi meraikan demokrasi dalam UMNO sekali gus mahu memberi platform kepada calon bertanding memperkenalkan diri masing-masing.

"Dengan penawaran ramai calon-calon yang bertanding dalam pelbagai latar belakang, kita nampak bayangan bahawa UMNO masih relevan serta masih ada minat dalam kalangan orang muda sekali gus kita mahu mereka ini diberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada mereka di Johor pada hari ini," katanya.

Pada masa sama, Hahasrin memberitahu, pemilihan kali ini, Pemuda UMNO Johor tidak meletakkan sebarang calon pilihan kerana mahukannya lebih terbuka, namun mendoakan calon dari negeri ini akan mendapat tempat di peringkat Pusat. - UTUSAN ONLINE