SALLEH SAID KERUAK
SALLEH SAID KERUAK

Sebaliknya, kata beliau, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya marah dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang.

“Murad hanya memberi kete­rangan dalam pendengaran RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.

“Bagaimanapun, Kit Sianglah, yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex BNM,” menurut beliau menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, de­ngan mendakwa bekas Penolong Gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memi­lih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.

Salleh menyimpulkan bahawa Dr. Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr. Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.

“Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan Dr. Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran.

“Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr. Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” ta­nya beliau. – BERNAMA