Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika kerajaan Pusat diterajui BN sebelum ini, pelbagai pendekatan dilakukannya bagi membela nasib golongan itu.

“Sawaktu saya jadi Perdana Menteri, saya mengumumkan antaranya subsidi kepada nelayan, subsidi diesel dan bayaran sara hidup RM300 kepada nelayan berdaftar.

“Semua ini, ketika ini saya tahu dalam keadaan belum menentu sama ada diteruskan atau tidak oleh kerajaan baharu, tetapi saya tahu golongan nelayan begitu bergantung kepada bantuan sara hidup ini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama nelayan Kampung Beserah Pantai di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua UMNO Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid.

Najib berkata, jangan disalahkan BN jika kerajaan Pusat yang baharu gagal untuk meneruskan bantuan seperti sebelum ini yang diberikan kepada golongan nelayan.

“Kejayaan BN kita memastikan punca kewangan kita cukup banyak. Jadi kalau tidak mampu bantu nelayan, serah balik kepada kerajaan BN,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE