Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Semua warga Selangor wajar dapat SMUE

SHAH ALAM 17 Mac - Kerajaan PKR Selangor­ dicabar supaya me­nya­lurkan peruntukan da­na Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM26 juta ke­pada setiap warga emas yang lahir di negeri ini tetapi menetap di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

BUDIMAN MOHD. ZOHDI

Cabaran itu dikemukakan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bagi membuktikan tindakan kerajaan negeri menyalurkan dana itu kepada tujuh Ahli Parlimen pakatan pembangkang di Wilayah Persekutuan ketika ini bukan bermotifkan politik.

“Secara prinsipnya, sebarang program menggunakan dana kewangan kerajaan ne­ge­ri haruslah diutamakan kepada rakyat dalam sesebuah negeri itu terlebih dahulu. Merujuk dalam pelaksanaan SMUE, sewajarnya rakyat di dalam negeri Selangor yang patut menerima manfaatnya.

“Namun, kerajaan negeri memberikan alasan bahawa penyaluran dana SMUE kepada Ahli Parlimen pembangkang di Wilayah Persekutuan itu adalah untuk waris-waris warga emas yang mempunyai angka '10' di tengah nombor MyKad mereka dan lahir sebelum tahun 1974 iaitu sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Persekutuan.

“Jika demikian alasan yang diberikan, mengapa dana itu tidak pula diberikan kepada rakyat Selangor yang tinggal di negeri-negeri lain? Kalau di­ikutkan, mereka juga layak menerima dana itu kerana lahir di Selangor,” katanya di sini hari ini.

Pada 16 Februari lalu, Pe­nge­rusi Gabung­an NGO-NGO Ma­­­laysia, Datuk Seri Jamal Md. Yu­nos tampil mem­buat laporan ke­pada Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dana SMUE.

Dakwa Jamal, penyaluran dana itu didapati meragukan kerana pembayarannya dibuat menerusi akaun peribadi tujuh Ahli Parlimen pembangkang di Wilayah Persekutuan iaitu Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Dr. Tan Seng Giaw (Kepong); Tian Chua (Batu); Dr. Tan Kee Kwong (Wangsa Maju); Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai); Teresa Kok (Seputeh) dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Malah, semalam, Jamal dilaporkan telah mengemukakan dokumen yang didakwa sebagai bukti penyelewengan dana SMUE oleh Teresa di pejabat SPRM Selangor.

Dalam Bajet Selangor 2016, Menteri Besar, Datuk Seri Mo­hamed Azmin Ali mengu­mumkan peruntukan berjumlah RM208.07 juta untuk program pembangunan sosial di negeri ini di bawah inisiatif Merakyatkan Ekonomi Sela­ngor (MES).

Daripada jumlah itu, sebanyak RM26 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan program SMUE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain