Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, termasuk hilang deposit adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

"Kecuali calon Pas, semua calon Bebas hilang deposit termasuk Mohd. Isa," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai proses penjumlahan undi rasmi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini hari ini.

Dalam pertandingan tujuh penjuru yang dimenangi oleh calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Mohd. Isa memperoleh undi sebanyak 4,230.

Manakala empat lagi calon Bebas iaitu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi, Stevie Chan Ken 337, Kan Chee Yuen,154 dan Lau Seck Yan, 214 undi. - UTUSAN ONLINE