Peserta dikenali sebagai Fahmi Faiz mendakwa, sejak kejatuhan Soviet, Amerika Syarikat (AS) membiayai gerakan pembangkang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menumbangkan negara yang tidak patuh kepadanya.

Malah, dakwanya, International Republican Institute mengakui membiaya, membantu dan memberikan bantuan teknikal kepada Pakatan Harapan (PH).

Ujar beliau, bagaimana kerajaan baru Malaysia mahu bersikap berkecuali bila mana gerakan menjatuhkan kerajaan terdahulu mendapat bantuan daripada negara kuasa dunia itu.

Hujah tanpa henti Fahmi, memaksa moderator program, penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali mencelah dan meleraikan ketegangan sebelum Faiz bertindak meninggalkan seminar.

Mohamad kemudian secara spontan menjawap kepada persoalan tersebut :"Lihat pemerintahan kami, kalau kami menyeleweng jadi alat AS, gerakkan rakyat tumbangkan kami,".

Seminar yang dihadiri Mohamad adalah anjuran Fakulti Sastera dan Sains Politik Universiti Malaya (UM) bertajuk Gerakan Rakyat Memenangkan Pakatan Harapan di Mana Cendekiawan? - UTUSAN ONLINE