Laporan polis dilakukan kerana pihak pengurusan masjid tidak dimaklumkan lebih awal mengenai majlis yang akan diadakan di masjid tersebut.

Portal Malaysiakini dalam laporannya memberitahu pihaknya telah melihat laporan polis tersebut.

“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah sebagai perlindungan diri bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kerana program tersebut tidak dimaklumkan terlebih awal kepada pihak masjid,” katanya.

Program di antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mahasiswa UM dijadualkan berlangsung esok dimulai dengan solat Jumaat dan program sembang santai.

Sebelum ini Najib aktif mengadakan program tersebut di beberapa universiti antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). - UTUSAN ONLINE