Dengan pendekatan ala politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara, imej UMNO sebagai parti pemerintah negara cuba dijatuhkan melalui gerakan didominasi oleh bekas pemimpin UMNO sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Parti dedak, parti pemakan rasuah, namakan apa lagi istilah buruk yang tidak dikutuk pakatan pembangkang kepada UMNO.

Jika difikirkan secara logik dengan segala fitnah, serangan peribadi dan persepsi sudah pasti Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi lokasi utama Perhimpunan Agung UMNO 2017 sewajarnya kosong.

Bagaimanapun, sejak bermulanya perhimpunan dari Selasa, tiada satu pun ruang kosong di PWTC kerana semuanya penuh diisi 5,739 anggota perwakilan UMNO yang berkampung di PWTC tidak seperti pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini yang hanya mencatatkan jumlah kehadiran perwakilan setakat 54 peratus sahaja.

Malah, jumlah kehadiran ahli dan penyokong parti yang berpusu-pusu mendengar amanat Presiden hari ini turut disifatkan sebagai merinding bulu roma oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah menarik, Perhimpunan Agung UMNO 2017 juga menerima delegasi luar negara seramai 95 orang delegasi, mewakili 20 parti melibatkan 16 buah negara.

Itulah perbezaan UMNO dengan parti lain di mana kesetiaan dan ketaatan menerusi konsep wala tersemat teguh di hati ahli, tidak seperti Pakatan Harapan yang rapuh.

Dengan situasi terkini di PWTC, mungkin istilah yang sedang tular ‘ada nampak mummy happy’ sesuai ditanyakan kepada pakatan pembangkang sekarang.