MOHAMMAD FAISOL ABD. RAHMAN
MOHAMMAD FAISOL ABD. RAHMAN

Beliau berkata, di peringkat negeri ini, pihaknya menolak penyertaan Ismail kerana tiada keperluan untuk melompat parti.

“Kita telah sepakat di dalam Pakatan Harapan untuk tidak menerima mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen daripada UMNO dan BN untuk menyertai mana-mana parti di dalam pakatan tersebut.

“Kita tidak mahu ada unsur tidak baik dengan menerima kemasukan (Ismail). Adakah disebabkan sudah tidak ada kepentingan di dalam BN, dia mengambil keputusan melompat parti.

“Jika hendak menyertai Pakatan Harapan sepatutnya dilakukan sebelum pilihan raya bukannya sekarang ketika BN sudah kalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai PPBM tidak kesampaian setelah meninggalkan UMNO dan BN sebelum itu.

Ismail yang juga adik Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

Tambah Mohammad Faisol yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan negeri, terdapat juga kepemimpinan parti lain mengemukakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan sebelum ini.

“Bagaimanpun kita menolak hasrat itu. Buat apa bertindak lompat parti sedangkan mereka masih boleh berkhidmat di dalam UMNO dan BN,” katanya.- UTUSAN ONLINE