Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Selangor jatuh sebab Melayu berpecah

KUALA LUMPUR 19 MAC 2017 - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Datuk
KUALA LUMPUR 19 MAC 2017 - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa berucap pada Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak, di sini hari ini.GAMBAR : UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 20 Mac - Selangor jatuh kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum kerana orang Melayu di negeri itu berpecah seterusnya menjadi alat politik kepada DAP yang sejak dari dahulu mengamalkan dasar politik perkauman.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sehubungan itu, agenda penyatuan bangsa amat penting kerana perpecahan dalam kalangan orang Melayu selama ini menyebabkan mereka semakin terpinggir di bumi sendiri.

“Kesedaran mengenai perkara ini wajar diketahui kerana dicatat dalam sejarah Tanah Melayu yang dijajah selama 446 tahun oleh kolonial silih berganti akibat perpecahan bangsa yang melemahkan kekuatan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang juga Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, orang Melayu seharusnya sedar yang Penasihat DAP, Lim Kit Siang sememangnya mengamalkan perjuangan berasaskan perkauman.

“Walaupun sudah lima Perdana Menteri berganti, namun Kit Siang tetap kekal sebagai tonggak kepemimpinan DAP. Ini membuktikan dia bukan sahaja diktator malah tidak pernah bersetuju dalam pelbagai isu berkaitan Melayu dan Islam.

“Kit Siang orang yang sama sejak zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman sehingga kini.” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain