ZAIN ISMA ISMAIL
ZEIN ISMA ISMAIL

Gesaan itu merupakan antara ketetapan yang diputuskan dalam Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu yang dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Sabtu lalu.

Menurut Ketua Bahagiannya, Datuk Zein Isma Ismail, selain sekatan dana kewangan, pihaknya meminta kerajaan me­lalui Wisma Putra mengemukakan nota bantahan dan mengambil tindakan tegas ke atas Amerika Syarikat melalui Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu yang dianggap tidak profesional berikutan terus menerus mengaitkan saman mereka dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Negara ini adalah negara berdaulat. Kita tidak memerlukan campur asing yang mana ia bukan sahaja membelakangkan prinsip demokrasi, tetapi turut mengheret negara dan rakyat ke dalam kancah perpecahan.

“Kita menggesa kerajaan supaya bertindak tegas terhadap anasir-anasir dalam negara yang cuba membawa campur tangan asing dalam politik negara ini. Kalau perlu, mana-mana pihak yang dibuktikan menjadi tali barut asin­g harus dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2010,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Zein Isma yang juga Ketua Penerangan UMNO Se­langor turut menegaskan, pihak­nya menyokong penuh kepemimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang terus menyejahterakan hidup rakyat di semua peringkat tanpa menghiraukan sebarang tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.