MOHAMED MUSTAFA ISHAK

Hal ini kerana, menurut Peng­analisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sualman, majoriti kerusi bakal ditan­dingi PPBM itu berdepan dengan calon heavyweight UMNO serta BN yang sukar digugat dan telah menjadi kubu kuat parti tersebut selama ini.

“Memang betul, kalau kita lihat kerusi yang diberikan kepada PPBM ini majoritinya merupakan kubu kuat UMNO serta BN.

ISMAIL SUALMAN
ISMAIL SUALMAN

“Mungkin kerana parti itu (PPBM) ‘anak bongsu’, maka bagilah, sekadar nak jaga ukhuwah dalam pakatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada DAP dan PKR benar-benar ikhlas dalam pembahagian kerusi itu memandangkan kedua-dua parti berkenaan memilih mengekalkan kawasan selamat ma­sing-masing, Ismail berkata, keikhlasan hanya pada peringkat kepemimpinan sahaja atas faktor desakan.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, keupayaan PPBM menembusi 52 kerusi UMNO dan BN itu diragui.

Beliau berkata, per­kara itu berdasarkan kepada pengaruh serta sokongan yang diterima PPBM ketika ini tidak cukup kuat untuk mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka sejak dua pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Kita lihat kerusi bakal ditan­dingi PPBM ini merupakan kubu kuat UMNO dengan parti itu berjaya menang besar dalam dua PRU sebelumnya iaitu 2008 dan 2013. Sedangkan ketika itu pakatan lebih kuat berbanding hari ini de­ngan Pas bersama mereka.

“Bagi UMNO dan BN pula, mereka sudah tentunya akan lebih ber­usaha dan bertungkus-lumus mempertahankan kubu-kubu kuat tersebut,” katanya.

Menurutnya, situasi serupa berlaku sejak era Semangat 46 lagi yang bertanding menentang kerusi UMNO, begitu juga ketika kemunculan awal PKR, tetapi kedua-dua parti berkenaan nyata gagal menewaskan UMNO serta BN di kerusi ber­kenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa memberi gambaran PPBM akan menjadi parti paling sedikit memenangi kerusi sekiranya gagal menembusi majoriti kawasan kubu kuat UMNO yang ditan­dingi.

“Kalau kerusi paling sedikit, suara tidak kuat, jadi bagaimana mahu pertahankan agenda Melayu, Islam yang selama ini dipelopori UMNO,” katanya.