Muhyiddin yang juga Presi­den Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, memang sudah termaktub dalam Undang-undang Tubuh Johor 1895 dan tidak seharusnya diperdebatkan oleh mana-mana pihak.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga dengan tenang memaklumkan undang-undang tersebut sudah menjelaskan secara lengkap tata cara pemilihan Menteri Besar di nege­ri tersebut.

“Biasanya ketua parti yang menguasai Dewan Negeri ini macam dalam kes ini ialah Pakatan Harapan, membawa nama kepada Tuanku. Selepas dibawa, dalam Perlembagaan itu raja atau

 

kes ini Sultan yang melantik Menteri Besar.

“Itu ada dalam Perlembagaan. Pasal Perlembagaan kata mesti dilantik oleh sultan dan sultan akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan oleh parti yang mempunyai kerusi paling banyak di Dewan Negeri,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mela­kukan lawatan kerja ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Stesen Udara Maritim Subang dekat sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada beliau berminat kembali menjawat jawatan Menteri Besar seperti yang dicadangkan beberapa pihak, Muhyiddin secara berseloroh berkata, usianya sudah terlalu tua untuk menggalas tugas tersebut.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan UMNO Johor yang mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan semalam, Muhyiddin menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak wajar.

“Tambahan pula, keadaan di Johor stabil tanpa sebarang isu serius ketika ini. Mungkin pembangkang sudah tidak sanggup bersabar menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Sukar untuk memahami tujuan mereka,” katanya.