Ahli Pas Ampang, Selangor, Mohd. Helmi Iskandar berkata, desakan itu bagi merungkai pembohongan yang dilakukan oleh calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir yang didakwa menjadi dalang dalam peristiwa hitam itu.

“Kita berharap dengan penubuhan RCI ini nasib balu-balu kepada semua mangsa yang terbunuh dalam peristiwa Memali dapat dibela dan pembohongan Dr. Mahathir ini dapat dihentikan selepas sekian lama berpura-pura tidak bersalah.

“Sebagai contoh, penubuhan badan siasatan berkenaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipukul dibahagian mata mendapati Dr. Mahathir berbohong dan oleh itu, bekas Perdana Menteri itu layak digelar Bapa Pembohong Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Masjid Jamek, di sini, hari ini.

Menurut Mohd, Helmi, waris mangsa peristiwa Memali yang dihubungi pihaknya bersetuju untuk mendesak agar penubuhan RCI ini disegerakan dan menuntut agar pampasan diberikan selepas sekian lama ia berlaku. - UTUSAN ONLINE

MUHAMAD IZZAT NASURUDEN