NORAINI AHMAD

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, pihaknya turut mendesak Kementerian Kesihatan untuk segera menyatakan pendirian dan mengambil keputusan berkenaan aduan yang dikemukakan kepada Biro Pe­ngaduan Awam berhubung surat terbuka Dr. Nur Ilyani, sekali gus menutup kes itu demi kebaikan semua pihak.

“Pergerakan Wanita UMNO berharap Kementerian Kesihatan tidak tunduk kepada pihak-pihak yang berkepentingan hing­ga mungkin terpaksa membuat keputusan yang tidak adil terhadap pegawai perubatan itu.

“Impak kepada kes ini bukan hanya memberi kesan kepada Dr. Nur Ilyani, bahkan kepada ramai pengamal perubatan lain di seluruh negara.

“Pergerakan Wa­nita UMNO akan te­rus memberi so­ko­ngan dan bersolidariti de­ngan Dr. Nur Ilyani kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan melalui surat terbukanya kepada aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir berkenaan tia­da diskriminasi terhadap go­longan LGBT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noraini, pihaknya menggesa agar kecaman terhadap Dr. Nur Ilyani dihentikan serta-merta agar beliau dapat kembali meneruskan tugas berkhidmat kepada masyarakat tanpa tekanan, sekali gus dapat menumpukan perhatian penuh pada kerjayanya.