Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Tiong Lai bahawa MCA hanya mampu menarik 2.5 peratus sahaja pengundi Cina untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Walaupun begitu, kata Ismail Sabri, UMNO dan BN tidak pernah `membelasah' MCA berikutan kegagalan mendapatkan sokongan masyarakat Cina.

"Tiba-tiba nak jadi `abang long' pula suruh orang keluar, `siapa kamu'?”

Suka untuk saya menasihatkan MCA supaya membangkitkan sebarang permasalahan menerusi BN.

"Kita nak terima parti atau nak suruh parti keluar mesti secara konsensus.

Jadi saya harap usah mengeruhkan hubungan antara parti komponen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semasa berucap dalam Konvensyen MCA Selangor 2018 semalam, Tiong Lai memberi amaran MCA mungkin akan menyingkir UMNO daripada BN jika bergerak ke arah politik teokrasi.

Ini berikutan kerjasama yang mula terjalin antara UMNO dan Pas sejak kebelakangan ini. - UTUSAN ONLINE