Rais Yatim

Veteran UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, justeru seandainya wujud kemelut atau krisis antara presiden dan timbalannya, tentu sekali pentadbiran negara menjadi kucar-kacir dan dipandang remeh oleh rakyat.

“Ketegasan Presiden UMNO membangkitkan perkara ini dalam ucapan dasar presiden hari ini adalah wajar untuk mengingatkan betapa nilai kepimpinan dalam UMNO itu tidak boleh diperkecilkan mana-mana pihak.

“Dan saya percaya imbasan ini ditujukan kepada Tan Sri Muh­yiddin Yassin.

“Sebagai Presi­den, Datuk Seri Najib berhak bercakap demikian oleh kerana Timbalan Presiden UMNO secara tradisinya adalah juga Timbalan Perdana Menteri. Kalau tidak ada persefahaman, pentadbiran negara akan direndahkan gara-gara nak memperkecilkan parti,” kata beliau ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.