Noh berkata, beliau banyak memperjuangkan nasib rakyat di Selangor bukan kerana untuk menjadi Menteri Besar sebaliknya hanya amanah manggalas tanggungjawab yang diberi.

“Apa yang penting adalah untuk BN menang di Selangor dan selepas itu terpulang kepada pucuk pimpinan siapa yang akan menjadi Menteri Besar kerana bagi saya semua layak.

“Seorang pemimpin tidak harus bercita-cita memegang jawatan kerana ini akan membuatkan kita kecewa jika tidak dipilih dan akan mewujudkan rasa tidak puas hati malah akan ada perpecahan dalaman sebab itu saya kata saya tidak bercita-cita menjadi Menteri Besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Kempen Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba di Flat Seri Aman Petaling Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE