Ahmad Faizal bagaimanapun berkata, jika berlaku sebarang masalah di luar pengetahuannya, beliau tidak boleh mengawalnya.

“Seikhlasnya sejak kami tubuh kerajaan lagi dalam mesyuarat exco, belum pernah ada exco yang bermasalah tapi kalau berlaku di belakang saya, itu saya tak boleh kawal.

“Dalam politik, kalau cerita orang mengata saya, lebih baik tanya isteri dan emak saya, mereka lagi kuat mereka mengata saya, kami barisan exco tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada penggulungan titah diraja pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mohd. Khusairi membangkitkan persoalan sama ada Ahmad Faizal menyedari wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau yang dikatakan oleh seorang exco kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE