Menurutnya, malah sejak hari pertama menjadi Menteri Besar lagi, sudah tersebar khabar angin kononnya telah ada usaha untuk menjatuhkan beliau namun sehingga ke hari ini beliau masih menjadi Menteri Besar.

Kata beliau, pada mata kasar semuanya berjalan lancar malah tiada masalah untuk bekerjasama dengan semua exco.

“Saya kekal dengan kenyataan saya sebelum ini kerana dalam Exco kita tak ada apa-apa masalah, tapi jika ada apa-apa berlaku di belakang saya tidak tahu cuma daripada mata kasar saya, semuanya lancar.

“Mengenai tular rakaman audio yang kononnya suara salah seorang Exco, ia belum dibuktikan dan yang penting kerajaan masih berjalan seperi biasa.

“Saya sudah sebut banyak kali dakwaan untuk singkirkan saya sejak hari pertama saya jadi Menteri Besar lagi, tapi saya masih Menteri Besar. Saya masih di sini, esok pun masih Menteri Besar kecualilah jika saya jatuh tangga dan mati,” katanya.

Beliau ditemui ketika melawat Bilik Media pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE