Rosol berkata, keputusan yang dibuat enam hari lalu bukan kerana individu sebaliknya demi kepentingan serta kebaikan pengundi di kawasannya di Hulu Terengganu.

“Saya tidak akan kembali, tindakan saya keluar parti tempoh hari memberi ruang untuk saya membantu rakyat dan pengundi di kawasan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE