Penyandang kerusi Parlimen Pulai menegaskan, beliau sentiasa menggalakkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

“Siapa yang halang rakyat Malaysia mengundi, saya tak halang cuma saya kata ini semua muslihat daripada pembangkang yang memang tidak boleh bergantung kepada undi tempatan untuk memenangkan calon nomad mereka.

“Itu yang saya maksudkan bukan menghalang, malah saya menggalakkan untuk semua balik mengundi, cuma saya nak ‘highlightkan’ pembangkang itu menipu rakyat, itu sahaja,” katanya selepas walkabout ke Zon Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali yang mendakwa Nur Jazlan menidakkan usaha kempen pulang mengundi.

Sheikh Omar dalam tulisannya yang disiarkan di sebuah portal propembangkang berkata, tindakan Nur Jazlan itu seperti menafikan usaha rakyat melaksanakan hak demokarasi pada PRU-14. - UTUSAN ONLINE