Anwar yang ditemui pemberita sebelum Mesyuarat Biro Politik PKR bermula di Ibu pejabat PKR petang ini bagaimanapun enggan mendedahkan inti pati perbincangan mereka berdua.

“Saya ada hubungi Mohamed Azmin melalui panggilan telefon dan berbual panjang dengan beliau.

“Saya kena maklumkan kepada kepemimpinan parti terlebih dahulu,” katanya ringkas.

Isu video klip yang tular membabitkan seorang menteri kanan Kabinet dijangka menjadi satu daripada topik akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. - UTUSAN ONLINE