AZLAN MAN
AZLAN MAN

Justeru, beliau berharap semua pihak tidak perlu menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Ismail itu.

“Saya melihat itu adalah keputusan peribadi yang dibuat oleh Ismail sendiri.

“Secara peribadi saya menghormati keputusan Ismail kerana beliau sudah pastinya telah membuat pertimbangan sendiri,” katanya di sini hari ini.

Semalam Ismail yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepemimpinan parti.

Serentak dengan itu, adik kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga memaklumkan bakal menyertai PPBM dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, Ismail mula menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu dan pernah menjawat beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.

Kata Azlan lagi, tindakan segelintir ahli UMNO negeri yang mengecam tindakan Ismail adalah diluar pengetahuannya.

“Masing-masing mempunyai hak untuk memberi pandangan mengenai perkara ini dan saya memilih untuk menghormati keputusan Ismail,” katanya. - UTUSAN ONLINE