Demikian peringatan yang diberikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada orang awam khususnya golongan muda berikutan tanggapan terhadap ahli politik muda itu mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita, Emma Maembong.

Sebaliknya, beliau meminta orang awam melihat perjuangannya dalam menyuarakan hak dan kepentingan rakyat seperti rumah mampu milik, kelajuan jalur lebar serta tawaran penangguhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Tolonglah fokus kepada tawaran saya kepada anak muda (Rumah Mampu Milik/High Speed Internet/Tangguh PTPTN) dan pelan pembangunan untuk jadikan #MuarMutiaraJohor.

“Tolong. Gosip tidak akan menyelesaikan masalah anak muda,” katanya menerusi Twitter. - UTUSAN ONLINE