Katanya, beliau mempunyai pandangan tersendiri terhadap kedua-dua mereka, namun, enggan mendedahkannya.

“Saya ada komen tetapi tidak mahu komen (nyatakan). Kamu tidak kenal saya. Saya sudah terlalu tua.

“Saya sudah lalui semuanya sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam sidang akhbar Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018 di Hotel St. Regis, di sini hari ini.

MUSA HITAM
MUSA HITAM 

Semalam, Dr. Mahathir dalam satu wawancara khas bersama agensi media antarabangsa, BBC menyatakan bahawa dirinya tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Anwar.

Dr. Mahathir berkata, pihak lain yang membuat pelbagai andaian terhadapnya kerana mahu beliau meminta maaf ekoran tindakanya memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan balas menjawab, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang permohonan maaf daripada Dr. Mahathir selama ini.

Malah, Anwar mendedahkan beliau sudah lama memaafkan tindakan Perdana Menteri itu pada masa lalu. - UTUSAN ONLINE