Shahrir Abdul Samad

Portal berkenaan mendedahkan Shahrir yang juga Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Johor Bahru menerima RM1 juta daripada Najib.

Selain beliau, turut di ‘viral’ menerima dana daripada Presiden UMNO ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Pu­teri UMNO.

Shahrir dalam pen­jelasannya kepa­da BNBBC.my ba­gai­­manapun tidak m­e­nafikan me­minta bantuan daripada Najib.

“Kepada siapa lagi harus saya meminta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian kalau bukan dari Presi­den parti sendiri,” katanya ketika mengulas laporan portal yang menjadi viral sejak semalam itu.

Menurut Shahrir, beliau sentiasa bersedia bekerjasama untuk menjelaskan penggunaan wang itu dengan pihak penyiasat sekiranya diminta berbuat demikian.

Katanya, bantuan Presiden parti kepada mana-mana bahagian adalah lumrah terutama bahagian yang tidak mempunyai dana.

“Itu menjelaskan duit yang di­terima Presiden parti adalah untuk kegunaan parti,” jelasnya.

Mengenai kemungkinan apa yang berlaku adalah kerana kelantangan beliau mempertahankan kerajaan dan pemimpin terutama dalam isu 1MDB, Shahrir berkata, tindakan itu selaras dengan pera­nan BNBBC.

“Tak kan saya nak menghukum sesiapa berasaskan laporan media terutama media asing. Saya kena pertahan proses dan institusi sedia ada,” katanya.